Saturday, 3 March 2018

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS DAN PENGAWAS PUSAT SUMBER 2018


Pada 6 Mac 2018, SK Taman Seri Pagi telah menjalankan Majlis Penyampaian Watikah kepada Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber Tahun 2018.

                          
                                                        Barisan Pengawas Tahun 2018

                       
Barisan Pengawas Pusat Sumber Tahun 2018


Tahniah kepada semua murid yang telah dipilih dan diberi kepercayaan oleh pihak sekolah untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber bagi sesi 2018.
Terima kasih kepada Sarjan Noraza bt Abd Aziz  yang sudi hadir bagi memberi kata-kata nasihat dan seterusnya menyempurnakan pemberian watikah pelantikan kepada semua pengawas baharu.
Wednesday, 7 February 2018

SELAMAT DATANG


Selamat datang dan terima kasih kerana mengunjungi blog Pusat Sumber SK Taman Seri Pagi. Kini, Pusat Sumber sekolah ini berwajah baru dan lebih menarik. Pihak sekolah amat mengalu-alukan semua guru dan murid menggunakan pusat sumber ini. Diharapkan, dengan adanya pusat sumber ini akan menjadi medan ilmu untuk guru dan murid-murid sekalian :)
Thursday, 23 February 2017

PROGRAM KHIDMAT BANTU PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS)

Pada 22 dan 23 Februari 2017, pegawai dari Pusat Kegiatan Guru (PKG) Ampangan telah hadir ke SK Taman Seri Pagi untuk menjalankan Program Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah (PSS). Program ini telah ditaklimatkan  oleh Pn. Norlida bt Abdul Aziz dibantu oleh Encik Muhammad Akmal bin Abd Razak dan Encik Muhammad Helmi bin Yaacob.

Antara aktiviti khidmat bantu yang dijalankan ialah 

a. Taklimat
-       Semua peserta (GPM dan juruteknik sekolah ahli, guru - guru sekolah khidmat bantu berkenaan serta staf PKG Ampangan) diberi taklimat tentang perjalanan program khidmat bantu selama 2 hari.
-       Pengagihan tugas mengikut bilik yang ditetapkan.




b. Aktiviti Yang Telah Dijalankan
i.      Perpustakaan
-       perbincangan keperluan aktiviti susun atur, keceriaan, sudut-sudut/ruang khas.
-       pelan lantai susun atur dan reka letak perabot. 





ii.    Bilik Audio Visual (Bilik Tayang)
-       perbincangan keperluan aktiviti susun atur, keceriaan, sudut-sudut/ruang khas.
-       pelan lantai susun atur dan reka letak perabot.





iii.   Bilik Bahan Bantu Mengajar
-       perbincangan keperluan aktiviti susun atur, keceriaan, sudut-sudut/ruang khas.
-       pelan lantai susun atur dan reka letak perabot.




iv. Makmal Komputer
-   Perbincangan untuk meningkatkan penggunaan chromebook dan VLE Frog dalam kalangan murid dan guru.
-   Pemindahan Chromecart A ke bilik Tayang
-   Gotong-royong membersihkan stor makmal komputer
-   Pengurusan fail
-   Pengurusan rekod penggunaan chromebook