Saturday, 7 April 2018
MAJLIS PENUTUP PROGRAM KM1M TAHUN 2018
Pada 7 April 2018 telah diadakan Majlis Penutup Program KM1M Tahun 2018.
Syabas dan tahniah kepada semua pemenang.
Wednesday, 4 April 2018
MAJLIS PELANCARAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA TAHUN 2018
Pada 4 April 2018, SK Taman Seri Pagi telah menjalankan Program Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia Tahun 2017. Kem Membaca 1Malaysia merupakan salah satu program Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca bertujuan membina tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah dan pembelajaran sepanjang hayat. Program Kem Membaca 1 Malaysia telah dimulakan kali pertama pada 2009 sehingga kini. Semua sekolah diarahkan untuk mengambil bahagian dalam melaksanakan program ini.
Ucapan Guru Besar
Ucapan Penyelaras Perpustakaan dan Media
Ucapan Pengerusi Majlis
Guru Besar merasmikan Majlis KM1M
Semua murid dan guru membaca buku selama 10 minit
Persembahan koir Lagu Nilam oleh Pengawas Pustakawan
Penyampaian Kit Nilam kepada guru kelas
Semoga dengan Pelancaran KM1M ini dapatmemuuk minat murid untuk membaca, membina dan mengukuh budaya membaca di kalangan pelajar dan menanam sikap menghargai dan cintakan buku.
Saturday, 3 March 2018
MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS DAN PENGAWAS PUSAT SUMBER 2018
Pada 6 Mac 2018, SK Taman Seri Pagi telah menjalankan Majlis Penyampaian Watikah kepada Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber Tahun 2018.
Barisan Pengawas Tahun 2018
Barisan Pengawas Pusat Sumber Tahun 2018
Tahniah kepada semua murid yang telah dipilih dan diberi kepercayaan oleh pihak sekolah untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber bagi sesi 2018.
Terima kasih kepada Sarjan Noraza bt Abd Aziz yang sudi hadir bagi memberi kata-kata nasihat dan seterusnya menyempurnakan pemberian watikah pelantikan kepada semua pengawas baharu.
Wednesday, 7 February 2018
SELAMAT DATANG
Selamat datang dan terima kasih kerana mengunjungi blog Pusat Sumber SK Taman Seri Pagi. Kini, Pusat Sumber sekolah ini berwajah baru dan lebih menarik. Pihak sekolah amat mengalu-alukan semua guru dan murid menggunakan pusat sumber ini. Diharapkan, dengan adanya pusat sumber ini akan menjadi medan ilmu untuk guru dan murid-murid sekalian :)
Subscribe to:
Posts (Atom)